Merupakan singkatan dari Persatuan Pelajar Islam Selangor Darul Ehsan. Ditubuhkan oleh sekumpulan bekas pelajar Kolej Yayasan Anda yang terletak di Jalan Hamzah, K.L sekitar tahun 70-an. Berdaftar secara rasmi pada 1 Oktober 1992 dan didaftarkan semula pada tahun 2008 dengan nama seperti hari ini. Menjalankan pelbagai aktiviti kemasyarakatan berbentuk kebajikan dan pendidikan Islam di merata bumi Selangor. Menjadikan pelajar Islam sebagai penggerak utama dalam setiap aktivitinya bagi meramaikan aktivis belia Muslim yang berkualiti di masa hadapan.
VISI
PEPIAS sebagai wadah dalam melahirkan aktivis pelajar Islam di Negeri Selangor yang mempunyai kesedaran dan kefahaman islam secara menyeluruh bagi mencapai tamadun khaira ummah.
MISI
MISI
Melahirkan secara berterusan aktivis pelajar Islam yang punya kefahaman Islam yang baik dan istiqamah bagi mencapai visi PEPIAS
MOTTO
MOTTO
Generasi Penerus Harapan Ummah
KEANGGOTAAN
Terbuka Kepada pelajar, mahasiswa dan belia yang berumur antara 15 hingga 40 tahun.
OBJEKTIF PENUBUHAN
Pertubuhan PEPIAS terdiri daripada pelajar Islam yang bergiat di sekitar negeri Selangor Darul Ehsan dengan tujuan utama untuk mentauhidkan ALLAH.
PEPIAS sebagai gerakan pelajar Islam yang mengajak masyarakat untuk belajar, mengamalkan, dan istiqamah dengan ajaran Al-Quran dan As-Sunnah dalam setiap segi kehidupan.
PEPIAS yang terdiri dalam kalangan pelajar Islam sekitar Negeri Selangor bertindak untuk menangani isu kebajikan dan pendidikan rakyat Negeri Selangor bagi menghidupkan misi Rahmatan lil'alamin.
HALATUJU PEPIAS
7 BUDAYA PEPIAS
- Mengutamakan pembangunan ahli secara sistematik.
- Menekankan pengamalan budaya PEPIAS.
- Memperkasakan produk-produk PEPIAS.
- Meningkatkan kualiti kepimpinan ahli.
- Membangunkan Pusat Latihan PEPIAS-ABIM (PULPA).
- Sambutan Jubli Perak 25 tahun PEPIAS.
7 BUDAYA PEPIAS
- Membugar ilmu dan berakhlak mulia.
- Sedia untuk belajar, mengajar dan diajar.
- Memperkasa amalan kerohanian.
- Memperkasa semangat ukhwah.
- Menghayati amalan syura, amal jamaie dan budaya kerja terancang.
- Prihatin dan beriltizam dengan isu semasa.
- Menghayati ruhul jihad fisabilillah.
No comments:
Post a Comment